Saturday, March 21, 2009

SURAT BUAT SI DIA


cinta....

Tolong sampaikan pada si dia…Tolong beritahu si dia, aku ada pesanan buatnya..Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..
Tolong nasihati si dia, jgn menyintaiku lbh dr dia menyintai Yang Maha Esa..Tolong nasihati si dia, jgn mengingatiku lbh dr dia mengingati Yang Maha Kuasa..Tolong nasihati si dia, jgn mendoakanku lbh dr dia mendoakan ibu bapanya..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah krn di situ ada syurga..Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya krn di telapak itu syurganya..
Tolong ingatkan si dia, aku terpikat kerana imannya bukan rupa..Tolong ingatkan si dia, aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..Tolong ingatkan si dia, aku kasihinya kerana santunnya..
Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..
Tolong sedarkan si dia, aku milik Yang Maha Esa..Tolong sedarkan si dia, aku masih milik keluarga..Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..
Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..Tolong sabarkan si dia, bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya..
Tolong pesan padanya, aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..Tolong pesan padanya, aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..Tolong pesan padanya, aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..
Tolong khabarkan pada si dia, aku tidak mahu melekakan dia..Tolong khabarkan pada si dia, aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..
Tolong sampaikan pada si dia, aku mendambakan cinta suci yang terjaga..Tolong sampaikan pada si dia, cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri...
Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia..Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia..Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya..Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti...


positiflah terhadap Allah

salam perjuangan...

positiflah terhadap Allah.....ungkapan ini mungkin merupakan ayat yang biasa..bagi yang hatinya berada di dalam keadaan yang tenang tanpa gangguan emosi dan merekamungkin akan menerima patah kata-kata ini ...tentapi adkah orang yang berada dalam keadaan yang tidak stabil emosinya menerimanya? adakah persoalan saya ini melampau kerana, mungkin kah seorang itu tidak positif terhadap Allah. disini saya ingin membawa anda ke dalam keadaan yang mana anda rasa takdir tidak menyebelahi anda,pernahkah anda pernah berada di dalam seperti ini? perasaan seakan-akan ingin menyalahkan takdir yang tidak baik..tetapi apabila sehari dua berlalu ....baru kita tahu yang disebabkan takdir itu kita mendapat sesuatu yang amat kita hargai. saya ingin membawa satu kisah ...seorang gadis yang amat merindui ibu bapanya di malaysia..lalu dia berkerja siang malam mencari duit ingin menemui ibu bapanya yang dicintainya....tidak tidur, bekerja semata-mata ingin membeli tiket kapal terbang dan perbelanjaan berjumpa org yang di kasihi...satu hari duitnya telah cukup lalu dia membeli tiket dan akan berlepas pada minggu depan. sampai kehari penerbangannya dan pada masa penerbangannya dia sakit perut teramat sangat. lalu pergi ke tandas..dan tidak menyedari bahawa kapal terbangnya terlepas....dia menangis dan merayu dikaunter tiket..sia-sia shj duit yang dikhaskan...lalu dia balik dalam keadaan yang amat sedih.apakah Allah tidak sayang kepadanya? kenapa Allah mentakdirkan dia begitu...pada hari esok dia bangun tidur lalu dia membuka televisyen ....dia melihat berita bahawa kapal terbang yang sepatutnya dinaiki semalam terhempas. penumpang semua tidak dapat dikesan......gadis itu terkejut lalu mengis..sujud syukur dan sebagainya...cuba anda renungkan kisah ini. bayangkan perasaan gadis itu ketika dia terlepas menaiki kapal terbang itu. disitu hati telah bertindak mengawal akal lalu dia menyalahkan takdirnya...tetapi apakah Allah membalasnya dengan hukuman...tidak..tetapi Allah membalasnya dengan kenikmatan kehidupan supaya gadis boleh berjumpa dengan ibubapanya pada lain hari. oleh itu, jika berlaku seuatu yang tidak baik terhadap kita, ingatlah Allah bersama kita.......la tahzan innallaha ma'a na