Monday, November 28, 2011

KEMBALI....

.....ASSALAMUALAIKUM.......

Setelah hampir setahun 2 bulan saya meninggalkan blog ini, saya kembali memberi titipan terhadap blog ini, namun genre blog yang ingin di bawa mungkin berlainan dari genre terdahulu. Blog ini saya akan paparkan buku-buku yang selesai membaca dalam masa sehari, seminggu, sebulan atau mungkin setahun.....TUNGGUU....

"
"Harapan saya cuma satu iaitu ingin mengajak fanatik blog untuk rajin menimba ilmu melalui buku dan buku-buku ini mampu mengubah minda kita semua......."

Mungkin saya bukan seorang ulat buku, namun saya mula berjinak-jinak dengan buku, dan di sini saya ingin kongsikan keseronokan membaca buku...cubalah...

                                              biar miskin harta, jangan miskin ilmu....

Permulaan keseronokan saya membaca buku apabila saya telah graduasi di Universiti Kebangsaan Malaysia secara tidak rasmi pada april 2010. Hidup saya sunyi dan bosan, saya terasa seperti katak bawah tempurung. arghhh tension waktu tu, Saya mula membaca buku pertama saya selepas graduasi iaitu tulisan Saiful Islam , judul buku Secangkir Teh Pengubat Letih. selepas itu banyak lagi buku. Pada suatu tahap saya mula suka membaca apa-apa sahaja buku tidak kira warna buku itu kuning ke, putih ke, coklat ker, (ada aku kesah),buku itu saiz kecil atau besar (aku sapu semuanya) . Ramai yang pelik saya mula membaca buku yang tidak pernah orang baca. Saat yang paling saya suka ialah, apabila saya selesai membaca satu-satu buku, saya ceritakan pada orang lain. Bahagia rasanya. ...... kalau nak tau .......try cuba baca satu buku......


                                           
                                         kalau banyak baca buku...tak payah pegi curly hair...