Monday, September 27, 2010


HIKMAH DALAM BICARA

Walaupun tidak pernah menjejakkan kaki ke Makkah mukarramah untuk melaksanakan umrah mahupun haji...saya senang dan gembira melihat muka mereka yang pulang dari tanah suci itu. muka masing-masing penuh dengan kegembiraan..dapat melihat dari percakapan,muka an gerak-gerinya.apabila abang saya pulang dari tanah suci sebelum syawal lepas,dia sempat membawa beberapa CD sembahyang terawikh dengan alunan bacaan dari imam masjidil haramm.indah sungguh bacaannya,walaupun kurang memahami tetapi telinga mudah untuk menadahnya. sedang diulik bacaan tersebut abang telah mengajukan satu soalan " nak tanya? kalau ada seorang athies tanya kat awak....di dunia ini semua ada pencipta ke? dengan mudah saya menjawab bahawa mestilah ada pencipta. abang bertanya lagi...habis tu siapa yang ciptakan Allah ? saya terdiam...saya terfikir, jika saya menjawab persoalan sorang muslim mungkin saya akan menjawab dengan mudah bahawa Allah itu kekal tetapi bagaimana pula jika lontaran soalan itu dari seorang athies..saya terdiam..melihat muka saya yang terkial-kial mencari jawapan..abang telah memberi jawapannya..."sebelum awak jawab..aak tanya athies tu..siapa yang mencipakan masa? saya terdiam...soalan dijawab dengan soalan mungkin lebih berhikmah dari memberi jawapan yang tidak berhikmah..subahanallah.

Thursday, August 19, 2010

ULASAN BUKU

SEMNANJUNG GAZA: AYAT-AYAT ALLAH BERBICARA ( NUR LAILI AULIA)


Alhamdulillah...akhirnya berjaya saya menghabiskan 4 buah buku dalam masa empat bulan..tetapi buku terakhir ini hampir membuatkan airmata saya jatuh. Sungguh besar kuasa tuhan yang telah mengatur seluruh alam ini. setiap kejadian yang menimpa umatnya tentu ada hikmah disebaliknya. Kadangkala kita melihat suatu ujian adalah perkara yang paling malang dalam hidup kita seperti juga kita melihat ujian yang menimpa orang lain. kadangkala kita sedih melihat penderitaan orang lain sedangkan orang yang menderita itu bergembira dengan ujian atau penderitaan itu. Mari kita melihat penderitaan masyarakat Gaza dari perspektif yang berbeza, penderitaan tersebut bukan satu ujian kepada mereka tetapi adalah suatu kelebihan kepada mereka. Allah telah secara langung memberi mereka jalan pintas ke syurga kepada mereka. Badiuzzaman syed an-Nursi menulis dalam buku rasail an-nur menyatakan bahawa untuk mendapat keredhaan Allah dan dijanjikan syurga mudah dengan menggunakan jalan pintas iaitu berjihad/ mati di jlan Allah......subhanaallah, mudah Allah memberi kelebihan kepada penduduk Gaza..tersedia sudah titian ke Syurga...tetapi bagaimana dengan kita??? persoalannya kita terpaksa mengikut jalan jauh dan memakan masa yang lama...sedangkan Gaza sudah terbentang karpet merah ke syurga...ucapan selamat kepada rakyat gaza....Allah Akbar...