Monday, September 27, 2010


HIKMAH DALAM BICARA

Walaupun tidak pernah menjejakkan kaki ke Makkah mukarramah untuk melaksanakan umrah mahupun haji...saya senang dan gembira melihat muka mereka yang pulang dari tanah suci itu. muka masing-masing penuh dengan kegembiraan..dapat melihat dari percakapan,muka an gerak-gerinya.apabila abang saya pulang dari tanah suci sebelum syawal lepas,dia sempat membawa beberapa CD sembahyang terawikh dengan alunan bacaan dari imam masjidil haramm.indah sungguh bacaannya,walaupun kurang memahami tetapi telinga mudah untuk menadahnya. sedang diulik bacaan tersebut abang telah mengajukan satu soalan " nak tanya? kalau ada seorang athies tanya kat awak....di dunia ini semua ada pencipta ke? dengan mudah saya menjawab bahawa mestilah ada pencipta. abang bertanya lagi...habis tu siapa yang ciptakan Allah ? saya terdiam...saya terfikir, jika saya menjawab persoalan sorang muslim mungkin saya akan menjawab dengan mudah bahawa Allah itu kekal tetapi bagaimana pula jika lontaran soalan itu dari seorang athies..saya terdiam..melihat muka saya yang terkial-kial mencari jawapan..abang telah memberi jawapannya..."sebelum awak jawab..aak tanya athies tu..siapa yang mencipakan masa? saya terdiam...soalan dijawab dengan soalan mungkin lebih berhikmah dari memberi jawapan yang tidak berhikmah..subahanallah.