Tuesday, June 9, 2009

TANDA CINTA

Tanda-Tanda Anda Dilamun Cinta


Apakah perasaan anda pabila cinta anda ditolak..?
Dan apa perasaan bila cinta anda berbalas?
Tambahan yang membalas cintamu adalah Yang Maha Perkasa..Allah Rabbul jalil.

Disini ku titipkan beberapa tanda anda dilamun cinta dengan yang Maha Pencipta.

Anda suka untuk bertemu dengan-Nya. Tak sabar untuk bertemu. Tak berjumpa sesaat seolah-olah anda jadi tak menentu. Persiapan dibuat setiapa kali sebelum bertemu-Nya.
Mendahulukan-Nya lebih dari yang lain. Dia mengatasi yang lain. Segala kehendaknya anda utamakan dan yang dilarangnya anda cepat-cepat menjauhkan diri.
Gembira bila bersama-Nya. Ingin sentiasa bersama walaupun di mana anda berada. Susun kata indah hendak bertemu. Ayat-ayat cinta kau luahkan pada-Nya sebagai pujian ke atasnya.
Tidak sedih kehilangan segalanya kerana cintamu terhadap-Nya melebihi segalanya. Biarlah semuanya hilang dan tiada asalkan anda tak kehilangan ISLAM .
Merasa nikmat melakukan ketaatan terhadap perintahn-Nya. Membela agamanya sudah cukup membuatkan anda merasa nikmat di dunia.
Tegas terhadap mereka yang menghina Islam. Apatah lagi yang melanggar apa yang disuruh-Nya.

Itulah sedikit tanda-tanda anda dilamun cinta bersama-Nya. Adakah cinta anda berbalas? Atau anda dalam dilema cinta si dia atau yang Maha Pencipta?

Moga kita mendapat cinta dari-Nya. Terkadang dalam hidup ini kita perlu korbankan nikmat yang sedikit untuk mendapat yang lebih besar.

Tuesday, June 2, 2009

CINTA + CERAI

cinta sejati.....
percayakah anda dengan cinta sejati,cinta sejati akan kekal abadi sampai bila-bila. pernah saya melihat satu kisah cinta seorang perempuan yang agak cantik bercinta dengan teman lelakinya dari form 2 sehingga habis form 5,kemudia kedua-duanya terlanjur dek kerana pujukan dari si lelaki yang ingin mengurangkan wang hantaran, si perempuan pun ikut kehendak lelaki dan kehendak nafsu sehinnga tidak sabar menuggu bulan depan akan berkahwin. akan tetapi yang sedihnya setelah dua bulan berkahwin perempuan sudah di pukul,sehingga anak dua suaminya telah meninggal dunia akibat aids,isterinya pula turut dijangkiti penyakit tersebut. itukah cinta sejati ? berkorban demi cinta sejati....

jika kita lihat manusia memiliki sifat yang ingin memenuhi kepuasan diri sendiri,sebenarnya kepuasan dapat di ukur melalui graf ini :









jika kita aplikasi dari sudut kehidupan sebenarnya pada tahap pertama,manusia bercinta ,tahapa kedua pula manusia akan bertambah lagi cintanya sehingga sanggup meredah lautan belantara ,tahap ketiga merupakan tahap klimaks dalam percintaan,yang mana cinta itu tidak berbelah bahagi sehingga boleh membawa mati,selepas klimaks kemudian graf semakin menurun,maka kuranglah rasa cintanya.begitulah jika kita bercinta sebekum kahwin,bercinta bertahun-tahun kemudian klimaksnya apabila berkahwin,setelah itu, rasa sayang itu semakin berkurang,berkurang kemudian cerai....

jika kita lihat org yang bercinta selepas kahwin,bercinta selepas berkahwin kemudian belm sampai klimaksnya sudah tua dan meninggal dunia.maniskan bercinta begitu,berlandaskan syariat,tidak dapat dosa,tetapi menambahkan pahala.