Tuesday, August 25, 2009

حي على الصلاة .........ز




SEORANG Profesor Fizik di Amerika Syarikat membuat kajian mengenai keistimewaan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. Kajian itu mendapati, tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik, iaitu cas positif dan cas negatif. Dalam aktiviti harian kita, sama ada bekerja, beribadat atau berehat, sudah tentu banyak tenaga diguna pakaikan.

Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita.

Ketidakseimbangan cas dalam badan menyebabkan kita rasa letih dan lesu selepas menjalankan aktiviti seharian. Oleh itu cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal.

Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan di minda Profesor itu, mengapa Islam mensyariatkan solat berjemaah dan mengapa solat lima waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama..

Hasil kajian mendapati, sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita akan menstabilkan kembali cas diperlukan oleh tubuh kita. Ia berlaku apabila cas yang berlebihan sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.

Katanya, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan berasa segar dan sihat selepas berehat beberapa jam. Ketika ini tubuh kita mengandungi cas positif dan negatif yang hampir seimbang.

Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas supaya keseimbangan penuh dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan dua rakaat.

Seterusnya, selepas sehari kita bekerja kuat dan memerah otak, semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh. Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas.

Solat berjemaah yang disyariatkan Islam berperanan untuk memulihkan keseimbangan cas berkenaan. Sebab itu, solat Zuhur didirikan empat rakaat untuk memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas dalam tubuh.

Situasi yang sama turut berlaku pada sebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas. Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak.

Seperti Zuhur, empat rakaat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama.

Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang dari kerja, kita tidak lagi melakukan aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama. Maka Maghrib hanya dikerjakan sebanyak tiga rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yang kurang berbanding dua waktu sebelumnya.

Timbul persoalan di fikiran Profesor itu mengenai Isyak yang mengandungi empat rakaat. Logiknya, pada waktu malam kita tidak banyak melakukan aktiviti dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak.

Kajian lanjut, didapati ada keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan empat rakaat dalam Isyak. Kita sedia menunaikan tahajjud pada sepertiga malam. Ringkasnya, Isyak sebanyak empat rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun malam (qiamulllail) .

Dalam kajiannya, Profesor itu mendapati bahawa Islam adalah satu agama yang lengkap dan istimewa. Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu mempunyai hikmah yang tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri.

Beliau berasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam ini. Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau memeluk Islam

Sunday, July 19, 2009

NUR KASIH

Lewat ini ku rasakan
Kasih kian ku dambakan
Resah hati yang ku pendam
Pada takdir dan harapan

Detik waktu dan suratan
Siapa tahu ketentuan
Ku mencari cahayanya
Dalam bayang kegelapan

Nur kasih
Nur kasih

Nasib hidup dan pilihan
Lain hukum setiap insan
Mengharapkan perjalanan
Dalam maya kesamaran

Nur kasih
Nur kasih

Aku kembali kerana masih
Mencari yang hakiki
Sinar pasti
Janji suci yang abadi

Ooo kasih
Nur kasih
Oh nur kasih
Nur kasih

Aku kembali kerana
Masih mencari yang hakiki
Sinar pasti
Janji suci yang abadi

Nur nur ya nur kasih
Nur ya nur kasih
Nur nur kasih
Nur kasih

Tuesday, June 9, 2009

TANDA CINTA

Tanda-Tanda Anda Dilamun Cinta


Apakah perasaan anda pabila cinta anda ditolak..?
Dan apa perasaan bila cinta anda berbalas?
Tambahan yang membalas cintamu adalah Yang Maha Perkasa..Allah Rabbul jalil.

Disini ku titipkan beberapa tanda anda dilamun cinta dengan yang Maha Pencipta.

Anda suka untuk bertemu dengan-Nya. Tak sabar untuk bertemu. Tak berjumpa sesaat seolah-olah anda jadi tak menentu. Persiapan dibuat setiapa kali sebelum bertemu-Nya.
Mendahulukan-Nya lebih dari yang lain. Dia mengatasi yang lain. Segala kehendaknya anda utamakan dan yang dilarangnya anda cepat-cepat menjauhkan diri.
Gembira bila bersama-Nya. Ingin sentiasa bersama walaupun di mana anda berada. Susun kata indah hendak bertemu. Ayat-ayat cinta kau luahkan pada-Nya sebagai pujian ke atasnya.
Tidak sedih kehilangan segalanya kerana cintamu terhadap-Nya melebihi segalanya. Biarlah semuanya hilang dan tiada asalkan anda tak kehilangan ISLAM .
Merasa nikmat melakukan ketaatan terhadap perintahn-Nya. Membela agamanya sudah cukup membuatkan anda merasa nikmat di dunia.
Tegas terhadap mereka yang menghina Islam. Apatah lagi yang melanggar apa yang disuruh-Nya.

Itulah sedikit tanda-tanda anda dilamun cinta bersama-Nya. Adakah cinta anda berbalas? Atau anda dalam dilema cinta si dia atau yang Maha Pencipta?

Moga kita mendapat cinta dari-Nya. Terkadang dalam hidup ini kita perlu korbankan nikmat yang sedikit untuk mendapat yang lebih besar.

Tuesday, June 2, 2009

CINTA + CERAI

cinta sejati.....
percayakah anda dengan cinta sejati,cinta sejati akan kekal abadi sampai bila-bila. pernah saya melihat satu kisah cinta seorang perempuan yang agak cantik bercinta dengan teman lelakinya dari form 2 sehingga habis form 5,kemudia kedua-duanya terlanjur dek kerana pujukan dari si lelaki yang ingin mengurangkan wang hantaran, si perempuan pun ikut kehendak lelaki dan kehendak nafsu sehinnga tidak sabar menuggu bulan depan akan berkahwin. akan tetapi yang sedihnya setelah dua bulan berkahwin perempuan sudah di pukul,sehingga anak dua suaminya telah meninggal dunia akibat aids,isterinya pula turut dijangkiti penyakit tersebut. itukah cinta sejati ? berkorban demi cinta sejati....

jika kita lihat manusia memiliki sifat yang ingin memenuhi kepuasan diri sendiri,sebenarnya kepuasan dapat di ukur melalui graf ini :









jika kita aplikasi dari sudut kehidupan sebenarnya pada tahap pertama,manusia bercinta ,tahapa kedua pula manusia akan bertambah lagi cintanya sehingga sanggup meredah lautan belantara ,tahap ketiga merupakan tahap klimaks dalam percintaan,yang mana cinta itu tidak berbelah bahagi sehingga boleh membawa mati,selepas klimaks kemudian graf semakin menurun,maka kuranglah rasa cintanya.begitulah jika kita bercinta sebekum kahwin,bercinta bertahun-tahun kemudian klimaksnya apabila berkahwin,setelah itu, rasa sayang itu semakin berkurang,berkurang kemudian cerai....

jika kita lihat org yang bercinta selepas kahwin,bercinta selepas berkahwin kemudian belm sampai klimaksnya sudah tua dan meninggal dunia.maniskan bercinta begitu,berlandaskan syariat,tidak dapat dosa,tetapi menambahkan pahala.

Saturday, April 18, 2009

HIDUP RODA

jika ada masa lapang, cuba anda tengok roda....berpusing-pusing,ke atas dan kebawah kemudian ke atas semula...itulah hidup roda...roda dia atas akan turun ke bawah dan ia lebih lama dibawah apabila tuannya berhentikan roda iitu...brek roda itu...maka lamala dia dibawah..apabila berjalan roda yang bahagian atas pula di bawah....tuannya berhenti maka yang atas td duduk di bawah..jika roda itu boleh berbicara...semasa dia duduk di atas dia berasa bangga dan berkata "woi...roda di bawah !!!!aku sekarang di atas"dengan rasa bangga.sewaktu roda di bawah tadi berada di atas ..dia akan berkata begitu juga...tapi bila dia berada di bawah baru dia tahu perasaan roda di bawah tadi...rasa kecil je..oleh itu roda itupun tidak berlagak sesama sendiri...saling pusing-memusing antara satu sama lain... itulah hidup roda. kemudian perhatikan hidup kita...seperti roda.tp manusia ada akal untuk berfikir..tidak seperti roda..bila manusia berada di atas, dia berasa bangga...bahasa kasarnya berlagak..berlagak dengan apa yang ada..kadang-kadang pelik..manusia berlagak dengan rezeki yang ada,bangga/riak dengan rupanya...bangga dengan suaranya..bangga dengan pangkatnya...dan bangga dengan pujian yang diberikan..sedangkan semua itu bukan miliknya...tapi milik ALLAH...bila-bila masa sahaja Allah akan tarik semula rezeki kesenagan dengan menjadikan orang itu papa...tarik rupanya dengan memberi jerawat/kudis/kemalangan dll...Allah boleh tarik suaranya dengan merosakkan tekaknya...bila-bila masa tuhan akan menarik balik pujian ke atasnya...bila ditarik dia seperti roda di bawah tadi..baru sedar/buka mata..bahawa ada orang disekililingnya yang pernah dilukai dahulu..sewaktu dia berada seperti roda di atas...waktu itu dia tahu perasaan ketika dibawah...sakit sngat waktu itu....

Thursday, April 2, 2009

cinta agong





cinta manusia,manusia mati
cinta bunga, bunga layu
cinta Allah,kekal abadi.

saya menulis bukan untuk mencerminkan kebaikan diri..tetapi untuk renungan sya dan antaorang semua.....semua pernah terjadi kepada saya...saya sedar bahawa cinta manusia tidak bawa sebarang tujuan yang hakiki..tetapi bukan untuk menafikan fitrah perkahwinan yang memerlukan seseorang itu berpasangan..tetapi itu terletak ditangan Allah.saya bukan Rabiatul Adawiyah ,wanita sufi yang berpanjikan cinta Allah semta-mata.tetapi manusia biasa yang tidak mahu mendambakan cinta manusia lebih dari cinta Allah. saya harap semua faham di atas nukilan ini.

manusia diciptakan Allah dengan seketul hati..hati yang bersih sentiasa akan mengingati Allah. menjadi fitrah manusia mencintai dan dicintai..tetapi adakah fitrah itu untuk manusia sahaja. kadang-kala sedih melihat manusia yang sentiasa mencari cinta manusia sendiri..tidak adakah cinta selain dari cinta itu..manusia dijadikan fitrah mencintai dan dicintai...semua tidak boleh lari darinya..Allah menurunkan hanya 1% sahaja cinta sesama manusia.1% itu dikongsi bersama cinta kepada ibubapa, sahabat,guru dan kekasih. dimana 99% lagi cinta itu....jika dicari cinta itu ada ,tetapi manusia tidak mencari..mencari 99% itu bukan perkara yang senang..memerlukan sedikit usaha. buat sahabat-sahabat saya yang saya kasihi..jika mencintai seseorang manusia,jika tidak memiliki,kita akan sedih..tetapi mencintai Allah kita pasti memilikinya.

Saturday, March 21, 2009

SURAT BUAT SI DIA


cinta....

Tolong sampaikan pada si dia…Tolong beritahu si dia, aku ada pesanan buatnya..Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..
Tolong nasihati si dia, jgn menyintaiku lbh dr dia menyintai Yang Maha Esa..Tolong nasihati si dia, jgn mengingatiku lbh dr dia mengingati Yang Maha Kuasa..Tolong nasihati si dia, jgn mendoakanku lbh dr dia mendoakan ibu bapanya..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah krn di situ ada syurga..Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya krn di telapak itu syurganya..
Tolong ingatkan si dia, aku terpikat kerana imannya bukan rupa..Tolong ingatkan si dia, aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..Tolong ingatkan si dia, aku kasihinya kerana santunnya..
Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..
Tolong sedarkan si dia, aku milik Yang Maha Esa..Tolong sedarkan si dia, aku masih milik keluarga..Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..
Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..Tolong sabarkan si dia, bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya..
Tolong pesan padanya, aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..Tolong pesan padanya, aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..Tolong pesan padanya, aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..
Tolong khabarkan pada si dia, aku tidak mahu melekakan dia..Tolong khabarkan pada si dia, aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..
Tolong sampaikan pada si dia, aku mendambakan cinta suci yang terjaga..Tolong sampaikan pada si dia, cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri...
Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia..Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia..Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya..Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti...


positiflah terhadap Allah

salam perjuangan...

positiflah terhadap Allah.....ungkapan ini mungkin merupakan ayat yang biasa..bagi yang hatinya berada di dalam keadaan yang tenang tanpa gangguan emosi dan merekamungkin akan menerima patah kata-kata ini ...tentapi adkah orang yang berada dalam keadaan yang tidak stabil emosinya menerimanya? adakah persoalan saya ini melampau kerana, mungkin kah seorang itu tidak positif terhadap Allah. disini saya ingin membawa anda ke dalam keadaan yang mana anda rasa takdir tidak menyebelahi anda,pernahkah anda pernah berada di dalam seperti ini? perasaan seakan-akan ingin menyalahkan takdir yang tidak baik..tetapi apabila sehari dua berlalu ....baru kita tahu yang disebabkan takdir itu kita mendapat sesuatu yang amat kita hargai. saya ingin membawa satu kisah ...seorang gadis yang amat merindui ibu bapanya di malaysia..lalu dia berkerja siang malam mencari duit ingin menemui ibu bapanya yang dicintainya....tidak tidur, bekerja semata-mata ingin membeli tiket kapal terbang dan perbelanjaan berjumpa org yang di kasihi...satu hari duitnya telah cukup lalu dia membeli tiket dan akan berlepas pada minggu depan. sampai kehari penerbangannya dan pada masa penerbangannya dia sakit perut teramat sangat. lalu pergi ke tandas..dan tidak menyedari bahawa kapal terbangnya terlepas....dia menangis dan merayu dikaunter tiket..sia-sia shj duit yang dikhaskan...lalu dia balik dalam keadaan yang amat sedih.apakah Allah tidak sayang kepadanya? kenapa Allah mentakdirkan dia begitu...pada hari esok dia bangun tidur lalu dia membuka televisyen ....dia melihat berita bahawa kapal terbang yang sepatutnya dinaiki semalam terhempas. penumpang semua tidak dapat dikesan......gadis itu terkejut lalu mengis..sujud syukur dan sebagainya...cuba anda renungkan kisah ini. bayangkan perasaan gadis itu ketika dia terlepas menaiki kapal terbang itu. disitu hati telah bertindak mengawal akal lalu dia menyalahkan takdirnya...tetapi apakah Allah membalasnya dengan hukuman...tidak..tetapi Allah membalasnya dengan kenikmatan kehidupan supaya gadis boleh berjumpa dengan ibubapanya pada lain hari. oleh itu, jika berlaku seuatu yang tidak baik terhadap kita, ingatlah Allah bersama kita.......la tahzan innallaha ma'a na