Sunday, May 27, 2012

CINTA LIMITED EDITION

Jika seorang ustazah tu suka kat seseorang.......


Dia tak akan pandang lelaki yang dia suka, tapi ustazah tu tundukkan pandangan supaya hatinya tidak dinodai         maksiat.

Bila ustazah tu suka.....


 Dia akan tundukkan pandangan atau buat-buat sibuk bila orang yang dia suka lalu ditepinya.

Bila ustazah tu suka kat seseorang......


Setiap malam dia hanya berdoa sebab dia percaya jika suka kat seseorang perlu bagitau Allah, bukan bagitau si dia

Jika ustazah itu suka kat seseorang......


Bila si dia tunduk, dia akan melihat pada si dia, supaya dia dapa melihat perkara yang susah untuk dilihatnya.

Begitula kalau ustazah jatuh cinta....cinta bukan senang diraih kerana cintanya ..


"CINTA LIMITED EDITION..."

Thursday, May 24, 2012

KU LUKISKAN SEBUAH MIMPI...

Assalamualaikum..

Hari ini sepatutnya menjadi hari paling bahagia dalam hidup aku, tapi hari ini aku berasa sedih yang aku tidak tahu bagaimana untuk aku terjemahkan. susah nak mengatakan tetapi dari malam tadi, hati rasa pilu, tidak boleh tersenyum gembira di hari lahir ku. Ya Allah. Kau berikan aku kekuatan untuk aku menem puh hari ini dengan penuh rasa gembira. lalu aku bersyukur kepada-Mu Ya Allah kerana membangkitkan diri ku dari angan-angan palsu setiap malam. Ya Allah pasti ada pelangi untukku kelak. Amin.

Thursday, May 17, 2012

SUDAH SEDIA...KAWINLA..

Assalamualaikum.

Sejak kecil lagi tidak pernah bercinta adakah merupakan suatu tawakal tanpa usaha. Adakah bila kita bercinta berulang-ulang kali itu, di namakan usaha? atau kita approach seseorang merupakan usaha untuk mendapatkan jodoh. Bagi diri ini, usaha yang paling berharga bagi saya ialah doa yang terikhlas pernah kita minta pada Allah s.w.t. Namun, pada ketika mana kita berdoa dengan ikhlas supaya ditemukan jodoh kerana Allah s.w.t. Sudah pasti tidak dapat kita ingat bila. Ini kerana ramai remaja, lelaki / perempuan dewasa berkahwin adalah untuk menghalalkan perbuatan yang sebelum ini digelar sebagai maksiat, zina, kahlwat dan sebagainya. merasakan perkahwinan itu hebat kerana sudah ada orang yang menjaga diri kita dan menjadikan kita ini seorang yang ' laku ' disisi masyarakat. sedangkan perkahwinan itu mempunyai tujuan asalnya iaitu melatih diri menjadi seorang yang bertolak ansur, bertanggungjawab, bersabar dan mendapatkan zuriat. Realiti masyarakat zaman ini tidak sabar menunggu hari perkahwinannya seperti masuk syurga, tetapi adakah syurga tempatnya sekiranya diri sering melawan suami, pasangan tidak solat, mengabaikana tanggungjawab dan sebagainya. fikir.  

Monday, May 14, 2012

HATI YANG MENGERTI.


" kenapa bila membaca tazkirah di wall facebook aku tidak rasa kekuasaan Allah ada di sekeliling aku" pernah hati saya berkata begitu. Bila saya nilai balik, banyak dosa yang telah saya lakukan selama ini, bila ada orang azan di televisyen saya tergerak hati untuk mengalihkan siaran tekevisyen, kenapa saya seperti magnet yang bertemu pasangannya. Dari keadaan itu dapat saya pastikan bahawa nafsu dan manusia itu saling melengkapi antara satu sama lain, benar kata bijak pandai, nafsu itu seperti haiwan liar jika kita pandai jinakkannya maka dia akan menjadi kawan, jika tidak...boleh kita fikirkan sejenak. Bila kedengaran ayat-ayat al-Quran hati itu, tertolak kerana nafsu sudah beraja. hati pun mampu mengerti tapi manusia pun tidak mengerti kehendak hati. mari kita hayati, kenapa orang yang kaya raya dengan harta tetapi kurang kaya amal, hati tidak tenang kerana dia tidak mengerti kehendak hati dirinya. 


Wednesday, May 9, 2012

PESTA BUKU 2012

ASSALAMUALIKUM.


" siapa nak pergi pesta buku" jerit bos aku yang best tu...."saya...." jerit saya... itu adalah kes untuk lari dari ofis yang macam neraka ni...tapi sejuk. hehehe. Minggu lepas telah pergi ke pesta buku a.k.a berjalan-jalan a.k.a menghabiskan duit. Hampir RM 300 habis jua dalam satu hari. Pesta buku kali ini saya pergi tidak begitu sesak maybe saya pergi awal berbanding tahun lepas dua hari sebelum habis pesta buku tu. Antara buku yang saya beli ialah :

Jemari Seni ( Novel)
1. Dapur Wawa.
2. Jula Juli Bintang Tujuh.
3. Ikhlas, A.K.
4. Senyum Sampai langit.

Telaga Biru.
1. Tasawuf Moden
2. Indahnya hidup bersyariat ( beli untuk org lain sebenarnya)

Galeri Ilmu.
1. Di Hamparan Shamrock
2. Berdua Lebih Baik.
3. praktis menulis....( buka tajuk tu..tapi camtula..)

PTS Publication.
1. No Excuse.
2. Buat kerja dengan part-time
3. berfikir gaya orang berjaya
4. tak ingat apa satu lagi tu......

Bergaya tak saya beli buku, cam anak raja kan... tapi takpe beli buku rasa tak rugi apa-apa sebab itu adalah stok untuk setahun, tapi sebenarnya lebih elok kalau beli buku baru keluar sebab isu-isunya lebih mantap dan sesuai dengan zaman yang kita baca. Tapi menyesal juga sebab banyak buku novel. Umur cam saya ni cam bazir masa untuk melayan novel tapi takpe boleh menambahkan gaya bahasa bila nak belajar menulis.

Pandangan saya bagi pesta buku 2012 ini adalah kebanjiran buku-buku agama.. Alhamdulillah...tapi saya takut kepada rujukan yang di ambil. jadi saya sangat berhati-hati dalam membeli buku. semoga pesta buku ini akan terus berlanjutan ke tahun berikutnya. 






Tuesday, March 13, 2012

Sharing is Caring " -"


ASSALAMUALAIKUM...

Saya ingin berkongsi sedikit cerita student saya yang kadang-kadang saya tengah bawa kereta pun, boleh senyum sorang-sorang. kadang- kadang peragainya pelik-pelik, tapi saya terima dengan redha dan positif. Beberapa minggu lepas belajar mengenai bab kawin-kawin ni, gila tak suka budak-budak ni, sebab umur semua dah 18 ke atas, dah mula nak ber'couple', sibuk tengah ushar-ushar budak perempuan. Saya ceritakan satu buku ni ....' mens are from mars women are from venus' tulisan John Grey yang telah di translate melayu...


Cerita la sikit isi buku ni, ceritanya saya menarikkan sikit, adala unsur istrailiyyat...nyer...dari yang dah mengganguk tido, terus bangun, senyum sorang-sorang, kalau camtu la caranya, apalagi saya goreng lagi isi dalam tu, sampai satu kelas nak baca buku tu. ( cam promoter buku ada jugak aku ni) perasan waktu tue, bahagia kerana dapat menarik student-student untuk baca buku. Buku ini sebenarnya sesuai dibaca golongan yang bakal berkahwin supaya suami isteri memahami pasangan masing-masing. Tapi xpe kan kalau tak kawin dah baca dapat mengenali lebih rapat kawan sekelas, keluarga dan guru perempuan/ lelaki.

Kemudian hari ni saya mengajar mengenai kisah-kisah silam kaum-kaum yang telah hancur, contohnya kaum ad' thamud dll, kebetulannya saya sekarang tengah baca buku ' kaum-kaum yang pupus'... so, ceritakan juga dalam kelas yang sama. buku ini karangan ' Harun Yahya'...rupa bukunya cenggini....

Tambahan pula, saya ni memang penglipurlara yang tak bertauliah, saya selitkan bacaan saya mengenai kisah kaum pompei yang ada dalam buku ni, semua ...'eeee...gelinya ustazah'...saya ceritakan dengan perasaan yang malu sebenarnya tapi untuk membuat mereka rasa cam nak baca sangat buku tu, so....hasilnya ada sorang student tanya ' ustazah....saya nak pinjam buku tu boleh?..' dan kebetulan pula, saya memang bawa ke ofis hari ni...terus bagila...( sorang dah mula nak membaca)... semoga dia istiqamah dalam bacaanya. AMIN.......

Monday, November 28, 2011

KEMBALI....

.....ASSALAMUALAIKUM.......

Setelah hampir setahun 2 bulan saya meninggalkan blog ini, saya kembali memberi titipan terhadap blog ini, namun genre blog yang ingin di bawa mungkin berlainan dari genre terdahulu. Blog ini saya akan paparkan buku-buku yang selesai membaca dalam masa sehari, seminggu, sebulan atau mungkin setahun.....TUNGGUU....

"
"Harapan saya cuma satu iaitu ingin mengajak fanatik blog untuk rajin menimba ilmu melalui buku dan buku-buku ini mampu mengubah minda kita semua......."

Mungkin saya bukan seorang ulat buku, namun saya mula berjinak-jinak dengan buku, dan di sini saya ingin kongsikan keseronokan membaca buku...cubalah...

                                              biar miskin harta, jangan miskin ilmu....

Permulaan keseronokan saya membaca buku apabila saya telah graduasi di Universiti Kebangsaan Malaysia secara tidak rasmi pada april 2010. Hidup saya sunyi dan bosan, saya terasa seperti katak bawah tempurung. arghhh tension waktu tu, Saya mula membaca buku pertama saya selepas graduasi iaitu tulisan Saiful Islam , judul buku Secangkir Teh Pengubat Letih. selepas itu banyak lagi buku. Pada suatu tahap saya mula suka membaca apa-apa sahaja buku tidak kira warna buku itu kuning ke, putih ke, coklat ker, (ada aku kesah),buku itu saiz kecil atau besar (aku sapu semuanya) . Ramai yang pelik saya mula membaca buku yang tidak pernah orang baca. Saat yang paling saya suka ialah, apabila saya selesai membaca satu-satu buku, saya ceritakan pada orang lain. Bahagia rasanya. ...... kalau nak tau .......try cuba baca satu buku......


                                           
                                         kalau banyak baca buku...tak payah pegi curly hair...