Tuesday, March 13, 2012

Sharing is Caring " -"


ASSALAMUALAIKUM...

Saya ingin berkongsi sedikit cerita student saya yang kadang-kadang saya tengah bawa kereta pun, boleh senyum sorang-sorang. kadang- kadang peragainya pelik-pelik, tapi saya terima dengan redha dan positif. Beberapa minggu lepas belajar mengenai bab kawin-kawin ni, gila tak suka budak-budak ni, sebab umur semua dah 18 ke atas, dah mula nak ber'couple', sibuk tengah ushar-ushar budak perempuan. Saya ceritakan satu buku ni ....' mens are from mars women are from venus' tulisan John Grey yang telah di translate melayu...


Cerita la sikit isi buku ni, ceritanya saya menarikkan sikit, adala unsur istrailiyyat...nyer...dari yang dah mengganguk tido, terus bangun, senyum sorang-sorang, kalau camtu la caranya, apalagi saya goreng lagi isi dalam tu, sampai satu kelas nak baca buku tu. ( cam promoter buku ada jugak aku ni) perasan waktu tue, bahagia kerana dapat menarik student-student untuk baca buku. Buku ini sebenarnya sesuai dibaca golongan yang bakal berkahwin supaya suami isteri memahami pasangan masing-masing. Tapi xpe kan kalau tak kawin dah baca dapat mengenali lebih rapat kawan sekelas, keluarga dan guru perempuan/ lelaki.

Kemudian hari ni saya mengajar mengenai kisah-kisah silam kaum-kaum yang telah hancur, contohnya kaum ad' thamud dll, kebetulannya saya sekarang tengah baca buku ' kaum-kaum yang pupus'... so, ceritakan juga dalam kelas yang sama. buku ini karangan ' Harun Yahya'...rupa bukunya cenggini....

Tambahan pula, saya ni memang penglipurlara yang tak bertauliah, saya selitkan bacaan saya mengenai kisah kaum pompei yang ada dalam buku ni, semua ...'eeee...gelinya ustazah'...saya ceritakan dengan perasaan yang malu sebenarnya tapi untuk membuat mereka rasa cam nak baca sangat buku tu, so....hasilnya ada sorang student tanya ' ustazah....saya nak pinjam buku tu boleh?..' dan kebetulan pula, saya memang bawa ke ofis hari ni...terus bagila...( sorang dah mula nak membaca)... semoga dia istiqamah dalam bacaanya. AMIN.......

No comments:

Post a Comment