Monday, May 14, 2012

HATI YANG MENGERTI.


" kenapa bila membaca tazkirah di wall facebook aku tidak rasa kekuasaan Allah ada di sekeliling aku" pernah hati saya berkata begitu. Bila saya nilai balik, banyak dosa yang telah saya lakukan selama ini, bila ada orang azan di televisyen saya tergerak hati untuk mengalihkan siaran tekevisyen, kenapa saya seperti magnet yang bertemu pasangannya. Dari keadaan itu dapat saya pastikan bahawa nafsu dan manusia itu saling melengkapi antara satu sama lain, benar kata bijak pandai, nafsu itu seperti haiwan liar jika kita pandai jinakkannya maka dia akan menjadi kawan, jika tidak...boleh kita fikirkan sejenak. Bila kedengaran ayat-ayat al-Quran hati itu, tertolak kerana nafsu sudah beraja. hati pun mampu mengerti tapi manusia pun tidak mengerti kehendak hati. mari kita hayati, kenapa orang yang kaya raya dengan harta tetapi kurang kaya amal, hati tidak tenang kerana dia tidak mengerti kehendak hati dirinya. 


No comments:

Post a Comment