Thursday, May 17, 2012

SUDAH SEDIA...KAWINLA..

Assalamualaikum.

Sejak kecil lagi tidak pernah bercinta adakah merupakan suatu tawakal tanpa usaha. Adakah bila kita bercinta berulang-ulang kali itu, di namakan usaha? atau kita approach seseorang merupakan usaha untuk mendapatkan jodoh. Bagi diri ini, usaha yang paling berharga bagi saya ialah doa yang terikhlas pernah kita minta pada Allah s.w.t. Namun, pada ketika mana kita berdoa dengan ikhlas supaya ditemukan jodoh kerana Allah s.w.t. Sudah pasti tidak dapat kita ingat bila. Ini kerana ramai remaja, lelaki / perempuan dewasa berkahwin adalah untuk menghalalkan perbuatan yang sebelum ini digelar sebagai maksiat, zina, kahlwat dan sebagainya. merasakan perkahwinan itu hebat kerana sudah ada orang yang menjaga diri kita dan menjadikan kita ini seorang yang ' laku ' disisi masyarakat. sedangkan perkahwinan itu mempunyai tujuan asalnya iaitu melatih diri menjadi seorang yang bertolak ansur, bertanggungjawab, bersabar dan mendapatkan zuriat. Realiti masyarakat zaman ini tidak sabar menunggu hari perkahwinannya seperti masuk syurga, tetapi adakah syurga tempatnya sekiranya diri sering melawan suami, pasangan tidak solat, mengabaikana tanggungjawab dan sebagainya. fikir.  

No comments:

Post a Comment